Nasionalpilihan

Allahyarham Toh Puan Zurina dikebumi di Makam Pahlawan Bukit Palah selepas solat Asar

ISTERI kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-6, Tun Mohd. Khalil Yaakob iaitu Toh Puan Zurina Kassim, 78, telah kembali kerahmahtullah kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman di No. 43, Jalan Setiabakti 8, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, satu majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada pukul 3.30 petang ini.

Manakala majlis pengebumian pula di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah selepas solat Asar.

Toh Puan Zurina dilahirkan di Duyong Melaka pada 13 Julai 1944.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Khalil pada 28 Februari 1965 dan dikurniakan tiga orang anak.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan seterusnya Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tun Khalil ketika berusia 21 tahun.

Selepas itu, beliau bergelar isteri diplomat dan mengikut suami beliau bertugas di luar negara selama 13 tahun.
Banyak ilmu dan pengalaman dikumpul oleh Toh Puan Zurina selama berada di rantau orang.

Toh Puan Zurina aktif dalam bidang kebajikan. Beliau mengasaskan Yayasan Toh Puan Zurina untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Yayasan yang mengambil nama Toh Puan Zurina ini merupakan Pusat Hemodialisis yang diilhamkan sendiri oleh Allahyarham pada November 2009.

Pesakit buah pinggang boleh mendapatkan rawatan haemodialisis percuma di Kompleks Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit. – SM

(Visited 608 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button