
Bank Rakyat sumbang zakat RM307,364 kepada MAIPs
KUALA PERLIS: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat telah menyampaikan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM307,364 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena Majlis Hijrah Minda anjuran MAIPs yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs.
Keberangkatan tiba Baginda turut diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir sama adalah Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat, Mohd Zamerey Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.
Dalam majlis yang sama, Baginda berdua turut berkenan menyempurnakan Agihan Sumbangan MAIPs berjumlah RM210,000 kepada seramai 300 orang penerima dari kalangan asnaf.
Agihan tersebut melibatkan 75 orang anak Kariah dari Sungai Baru, 75 orang dari Sungai Berembang, 75 orang dari Sungai Padang, dan 75 orang lagi dari Guar Syed Alwi, dengan setiap mereka menerima RM700 bagi membantu keperluan harian masing-masing.
FOTO