Politik

Terima katak, calon BN minta pengundi hukum PH

Calon Barisan Nasional (BN-MCA) bagi kerusi N24 Bemban, Datuk Koh Chin Han meminta rakyat Melaka agar menghukum Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka nanti.

Menurut Chin Han, hukuman itu perlu, kerana PH mencalonkan individu yang bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri.

Dalam sidang akhbarnya, beliau berkata, PH tidak mengikut prinsip yang kononnya ditetapkan oleh parti itu bahawa mereka anti tindakan melompat parti.

“PH cakap tak serupa bikin. Sebelum ini mereka tidak mahu bersengkongkol dengan ahli politik katak dan anti dengan tindakan lompat parti.

“Kini pendirian mereka berubah dan PH menyokong si katak hanya untuk memberi manfaat kepada mereka.

“Episod katak politik ini harus ditamatkan dan ianya perlu dimulakan di Melaka,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan MCA di Hotel World Youth.

Beliau berkata, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden PKR telah melakukan satu tindakan yang memalukan.

Katanya, Anwar bukan sahaja menerima ahli politik tersebut tetapi juga seolah-olah mengangkat mereka sebagai hero dan menjadikan mereka sebagai calon PH.

“Sebelum ini Anwar dan PH tidak boleh menerima ahli parti mereka lompat ke parti lain.

“Mereka mungkin dituduh sebagai tidak bermaruah kerana mengkhianati rakyat dan sistem demokrasi negara,” katanya.-SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button