NasionalParlimen

Pembantu wanita Ahli Parlimen Sarawak diminta keluar dari Parlimen

Kod etika berpakaian masuk Parlimen: Tak kan pakai skirt pendek terbelah nampak paha

PERATURAN berpakaian sebelum masuk ke Parlimen atau Dewan Rakyat memang terpampang sejak sekian lama.

Peraturan berpakaian untuk golongan lelaki dan wanita telahpun ditentukan dan untuk kaum wanita khususnya, perlu bersopan dan takrifan sopan dari segi berpakaian, tentulah merangkumi tidak boleh memakai skirt pendek. Apa tah lagi skrit itu terbelah dan menampakkan bahagian paha.

Tidak hairanlah apabila seorang wanita dipercayai pembantu Ahli Parlimen dari Sarawak diarahkan keluar dari kawasan Parlimen kerana berpakaian tidak mematuhi kod etika.

Pembantu itu ditegur oleh seorang lelaki yang dipercayai ketua keselamatan Parlimen susulan didapati memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.

Difahamkan, inilah kali pertama wanita berkenaan hadir ke Parlimen namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengetahui kod etika berpakaian.

Selepas beberapa minit ditegur, wanita itu dibawa oleh pengawal keselamatan keluar dan diberi pilihan jika mahu kekal berada dalam kawasan bangunan Parlimen, beliau perlu menukar skirt pendek terbelah yang dipakainya.

Ketika ditemui pemberita, pegawai Parlimen terbabit yang enggan mendedahkan namanya menjelaskan, pemakaian wanita itu bertentangan peraturan yang telah ditetapkan Parlimen.

Katanya, beliau mendapat arahan daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul untuk memantau pakaian mereka yang hadir di Parlimen supaya semuanya mengikut aturan dan peraturan.

Beliau juga berkata, pengamal media juga diminta mengikut pakaian bersesuaian dengan peraturan seperti tidak memakai kasut sukan.

Dalam kod etika berpakaian, pelawat lelaki hendaklah memakai ‘lounge suit’ dan bertali leher dengan baju kemeja lengan panjang serta seluar panjang berwarna gelap.

Manakala bagi pelawat wanita pula dikehendaki memakai baju kurung atau kebaya labuh, blouse berlengan panjang selain seluar panjang dan memakai kasut bukan selipar. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button