Ekonomi

Bank Rakyat raih Anugerah Jenama Ikonik Tahun 2022 The Brandlaureate

BANK RAKYAT meraih Anugerah Jenama Ikonik Tahun 2022 The Brandlaureate pada majlis makan sempena malam Anugerah Jenama Terbaik Bumiputera dan Anugerah Jenama Terbaik Halal Dunia The Brandlaureate 2022 anjuran Yayasan Jenama Dunia baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar turut menerima Anugerah Ikon Pemimpin Korporat Kepimpinan Transformasi Jenama Brandlaureate 2022 yang disaksikan oleh wakil jenama terkemuka daripada pelbagai sektor perniagaan, kerajaan dan korporat.

Anugerah ini disampaikan kepada Datuk Haji Abd Rani oleh Presiden Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia, Tan Sri Darshan Singh Gill, Presiden Dunia Brandlaureate, Dr KK Johan, dan Lembaga Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Datuk Wira Jalilah.

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf organisasi dalam pelbagai sektor yang layak dan berjaya dalam membangunkan imej jenama mereka.

Menurut Datuk Haji Abd Rani, beliau sentiasa menekankan kepentingan dalam mengekalkan imej korporat yang mesra untuk meletakkan Bank Rakyat pada kedudukan yang kukuh sebagai ‘Bank Pilihan Anda’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya komited dalam melipatgandakan usaha bagi mengekalkan kecekapan saluran penyampaian produk dan perkhidmatan Bank dengan meletakkan sasaran dalam pasukan untuk terus membantu pelanggan dan masyarakat mencapai matlamat kewangan mereka serta mencipta masa hadapan yang lebih baik bersama Bank Rakyat,” ujar beliau.

Di bawah kepimpinan Datuk Haji Abd Rani yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam sektor kewangan dan perbankan telah memberikan Bank Rakyat pelbagai pengiktiran sebagai pemain industri seiring dengan visi Bank Rakyat untuk menjadi Bank Koperasi Islam Progresif No. 1 di Malaysia. – SM

(Visited 460 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button