Nasional

Bank Rakyat perluas bantuan kewangan untuk pelanggan terjejas COVID-19

Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang berterusan dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC),  Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengumumkan kempen ‘Bank Rakyat Cares’ yang tertumpu kepada tiga produk Bank Rakyat iaitu Pembiayaan Berjangka-i untuk usahawan mikro, Pembiayaan Berjangka-i untuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan koperasi serta Kad Kredit-i.

Menurut beliau lagi Bank Rakyat memperuntukkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM200 juta.  Ini merupakan sebahagian daripada usaha Bank bagi membantu usahawan dan koperasi untuk menangani masalah kewangan mereka dan membantu mengurangkan masalah aliran tunai jangka pendek akibat kesan wabak COVID-19.

“Kempen yang bermula dari 23 Mac sehingga 30 September 2020 diharap dapat membantu usahawan dan koperasi mengekalkan kesinambungan perniagaan masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar ini,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata, kempen ini akan memberi manfaat kepada hampir lapan juta pelanggannya. Ini termasuklah juga pelanggan Kad Kredit-i yang diberikan diskaun kadar keuntungan sebanyak 50 peratus apabila membuat pengeluaran tunai. 

“Dengan cara ini, pelanggan bukan sahaja mempunyai lebihan tunai tetapi dikenakan kadar keuntungan yang lebih rendah daripada kadar keuntungan sedia ada. Inisiatif ini membolehkan Bank Rakyat membantu pelanggan kad kreditnya yang 30 peratus daripadanya terdiri daripada golongan B40 untuk menguruskan keperluan harian mereka,” tambah Datuk Rosman.

“Inisiatif ini adalah di samping program bantuan kewangan sedia ada kami termasuk moratorium pembayaran balik pembiayaan selama 6 bulan yang ditawarkan kepada semua individu dan perniagaan yang terjejas seperti yang diumumkan pada 8 Februari 2020,” katanya. 

Rosman turut memperincikan produk yang ditawarkan di bawah kempen ‘Bank Rakyat Cares’ iaitu:-

Pembiayaan Khas Bank Rakyat Cares (Usahawan Mikro)

Terbuka kepada semua sektor yang layak termasuk borong/runcit, pertanian dan berasaskan pertanian, pelancongan dan kesihatan, pengangkutan serta perkhidmatan

Perniagaan yang layak boleh memperoleh pembiayaan sehingga RM50,000.00 bagi tempoh sehingga lima tahun

Bank menawarkan penangguhan sementara sehingga sembilan bulan bagi bayaran balik pembiayaan bulanan bagi pemilik perniagaan yang terjejas

50% yuran guaman ditanggung oleh Bank.

Pembiayaan Khas Bank Rakyat Cares (PKS dan Koperasi)

Terbuka kepada semua sektor yang layak termasuk borong/runcit, pertanian dan berasaskan pertanian, pelancongan dan kesihatan, pengangkutan serta perkhidmatan

Perniagaan yang layak boleh memperoleh pembiayaan sehingga RM200,000.00 bagi tempoh sehingga lima tahun

Bank menawarkan penangguhan sementara sehingga sembilan bulan bagi bayaran balik pembiayaan bulanan bagi pemilik perniagaan yang terjejas

50% yuran guaman ditanggung oleh Bank.

PengeluaranTunai Kad Kredit-i

Terbuka kepada pemegang kad utama dan tambahan Kad Kredit-i kecuali pemegang Kad Kredit-i Korporat

Tiada jumlah minimum atau had yang dikenakan atas jumlah urus niaga pengeluaran tunai

Kadar keuntungan yang dikenakan bagi urus niaga pengeluaran tunai dikurangkan sebanyak 50% sepanjang tempoh kempen

Pengeluaran tunai adalah tertakluk pada had kredit sedia ada

Pada masa yang sama usahawan juga boleh memohon Kemudahan Bantuan Khas di bawah tabung Bank Negara Malaysia yang terbuka kepada PKS bagi membantu perniagaan dan isi rumah yang terjejas oleh wabak COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Bank Rakyat dan email ke [email protected] dengan butiran anda untuk tindakan selanjutnya atau hubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454 untuk bantuan.

 

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button