PRK
Trending

Tolak PSS, anda sokong sindiket!

“KURAP BN, Warisan kena ubah, tolak PSS, sokong sindiket. Sayang Warisan, sokonglah PSS”

Itu analogi dan fakta diingatkan berulang kali oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Md. Azis Jamman kepada kira-kira 29,000 pengundi Kimanis yang akan mengundi 18 Januari ini.

Jelas Ketua Bahagian Warisan Sepanggar itu, jawapan kepada pelaksanaan PSS yang akan berkuat kuasa 1 Jun tahun ini mudah:
“Kami mahu menyekat pemalsuan banyak dokumen yang dipegang warga asing oleh sindiket.

“Sijil Burung-Burung, satu satu darinya hanya sekeping kertas yang tertera gambar, cop dan tandatangan. Cop boleh dibeli, tandatangan boleh ditiru, kad (sijil) ini tak asli,” kata Md. Azis kepada Suara Merdeka malam tadi di Membakut.

Selaku rakyat Malaysia, katanya, beliau cukup kecewa dengan tindak tanduk pembangkang Barisan Nasional yang licik memutarbelitkan isu pas residen (yang diubah nama kepada PSS) diluluskan semasa era kerajaan Pusat BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengetuai kerajaan negeri pada 2015.

“Kami akui perlukan pembangkang yang check and balance kami selaku kerajaan negeri. Tetapi malangnya pembangkang BN tidak memiliki integriti dan prinsip ke arah itu,” kata beliau.

Ketika ini terdapat sebanyak 136,055 dokumen berkaitan warga asing di Sabah iaitu IMM13 (51,645), Kad Burung-Burung (36,892) dan Sijil banci sebanyak 47,518.

Berdasarkan jumlah itu, dianggarkan kira-kira 600,000 PSS akan dikeluarkan selepas mengambil kira ahli keluarga seperti isteri atau suami dan anak-anak setiap pemegang ketiga-tiga dokumen asal itu. – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button