Nasional

PM sampaikan surat tawaran kemasukan universiti, biasiswa kepada mahasiswa

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyerahkan surat tawaran kemasukan universiti dan politeknik kepada pelajar di bawah Program “Jom Masuk IPT” sempena anjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Surat tawaran yang disampaikan antaranya ialah kemasukan ke Universiti Teknologi Mara dan juga politeknik serta kolej komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Selain surat tawaran Perdana Menteri turut menyampaikan surat tawaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Surat tawaran kemasukan diserahkan kepada pelajar Program Asasi Undang-Undang UiTM iaitu Farah Syuhadah Zahari, Intan Shaharah Shaharuddin dan Aiman Syafiq Ab Rashid yang turut menerima komputer riba, baucar tunai RM700 dan pelan data RM200.

Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Nehru Krishnamorthy, Ho Seng Onn dan Muhammad Azim Nazran Zahari yang turut menerima baucar tunai RM500, kalkulator saintifik dan pemacu data.

Mahasiswa MAHSA University Fatma Nur Ezzarina Mohd Fahizan dan Nurul Balqis Shahizan menerima surat tawaran biasiswa.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia selama empat hari yang dirasmikan oleh Perdana Menteri semalam merupakan inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia merentasi agama, kaum, warna kulit dan sempadan.

Program tersebut menghimpunkan pelbagai kementerian, jabatan serta agensi kerajaan untuk menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat termasuk khidmat kaunter secara bersemuka. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.-SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button