Politik

Tiga senario sebabkan PRU-15 tidak dapat dielakkan

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) menjadi pilihan akhir dalam menyejukan suasana politik yang kembali hangat dalam negara.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika ini fokus terhadap memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dan ekonomi negara segera dijana semula terutamanya pasca Perintah Kawalan Pegerakan.

Bagaimanapun, kata Asyraf Wajdi, jika tiga senario tidak dapat dibendung maka PRU-15 tidak dapat dielakkan.

Antaranya termasuk usaha pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) yang berterusan mengganggu-gugat kestabilan kerajaan dengan proses ‘jual-beli’ dan tarik tali di kalangan ahli-ahli Parlimen untuk meruntuhkan kepimpinan negara yang sedia ada;

PRU-15 tidak dapat dielakkan jika kedudukan kerajaan yang rapuh dengan majoriti yang amat kecil membuka ruang spekulasi dan permainan persepsi sebagaimana yang dicetuskan pembangkang yang kononnya sudah memperolehi 129 sokongan Ahli Parlimen;

Asyraf Wajdi berkata, PRU-15 juga akan berlaku jika kerajaan berterusan ditohmah dan dipersepsikan pembangkang sebagai ‘kerajaan tanpa mandat rakyat’ yang akan menghakis keyakinan komuniti pelaburan dalam dan luar negara.

Ia sekaligus menyukarkan usaha memulihkan ekonomi negara, malah merencatkan perlaksanaan dasar-dasar penting untuk rakyat.

“Sekiranya ketiga-tiga faktor di atas tidak dapat dikekang dan dibendung lagi, kerajaan hakikatnya tidak banyak pilihan kecuali menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang membela nasib mereka dan bukannya sekadar sibuk berebut kuasa.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian PRU ke-15 harus menjadi pilihan terakhir jika kerakusan dan ketamakan PH kembali berkuasa tidak dapat dibendung dan negara berterusan berhadapan dengan suasana ketidaktentuan lantaran krisis politik berpanjangan!” tegas Asyraf Wajdi.-SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button