Ekonomi

Kerajaan Perpaduan tiada hala tuju ekonomi yang mampan

Ekonomi negara merundum

1. Isu paling panas minggu ini ialah berkenaan dengan keadaan Ekonomi Negara yang semakin merundum.

Ketika Negara bakal berhadapan dengan 6 PRN Negeri, keadaan Ekonomi Negara bertambah parah.

Dua indikator penting iaitu nilai Ringgit yang jatuh merundum dan kedudukan Bursa Saham yang jatuh dengan begitu buruk sehinggakan dilaporkan bahawa setakat hari ini hampir RM4 bilion ringgit dana pelaburan di Bursa Saham telah dibawa keluar dari Negara ini.

2. PM merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim seolah-olah kelihatan tidak mempunyai sebarang Hala Tuju yang mampan untuk memulihkan Ekonomi Negara.

3. Apabila Bank Negara menaikkan OPR (Interest Rate), Rakyat perlu membayar Loan Rumah dan Kereta dengan kadar yang lebih tinggi.

4. Manakala, PM pula berterusan mahu memotong subsidi Elektik, Pergi Haji dan lain-lain, Kumpulan T20, dengan mengatakan ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada Ekonomi Negara.

Analogy ini adalah salah kerana apabila PM merangkap Menteri Kewangan menaikkan Kos Sara Hidup Kumpulan T20 ini, mereka ini yang merupakan kumpulan yang mempunyai dana yang besar untuk berbelanja, akan mengurangkan perbelanjaan mereka.

Mereka (Kumpulan T20) yang mempunyai Kedai dan Perniagaan, akan juga mengurangkan Kos Operasi mereka dan akan menaikkan kos harga barangan, bagi membendung kenaikkan kos sara hidup mereka kerana subsidi elektrik dll sudah ditarik balik oleh Kerajaan.

5. In Economic Sense, tindak balas mengurangkan subsidy kepada golongan T20 ini, sedikit sebanyak akan membawa kesan yang buruk secara menyeluruh kepada Negara.

Market dan Kedai-kedai serta Cafe juga akan berkurangan pengunjung, apabila Kumpulan T20 ini takut untuk berbelanja.

6. Dari segi jangka panjang, ini akan mengakibatkan inflasi yang buruk kepada Negara ini.

Kedudukan Ekonomi Negara yang muram, jelas mempelihatkan Kerajaan ini tidak mempunyai sebarang BLUE PRINT ataupun HALA TUJU untuk memulihkan semula Ekonomi Negara.

7. Negara ini ditadbir urus oleh sebuah Kerajaan yang dipanggil Kerajaan Perpaduan, dengan sokongan 148 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Dengan jelas bermakna Kerajaan ini mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen.

Tetapi kenapa Pelabur Asing masih merasakan keadaan politik Negara ini tidak stabil ?

Berkemungkinan kerana Perdana Menteri selain daripada tidak mempunyai Hala Tuju Pemulihan Ekonomi, PM juga kelihatan terlalu banyak bercakap dengan mengutarakan Naratif seolah-olah Kerajaan Perpaduan akan digulingkan pada bulan Ogos ini.

8. Keadaan bertambah parah apabila PM dan Kerajaan ini sering membuat U-Turn pada dasar-dasar Kerajaan yang telah diumumkan.

Pelabur-pelabur tidak selesa dengan 2 perkara iaitu :

(i). Keadaan Kerajaan yang tidak stabil dan boleh runtuh dalam bila-bila masa ; dan

(ii). Kerajaan yang sering membuat Pusingan U kepada Dasar-Dasar Kerajaan yang telah diumumkan terdahulu.

9. Sekiranya PM dan Kerajaan ini mempunyai PLAN YANG KHUSUS untuk manage dan memulihkan Ekonomi Negara ini, setidak-tidaknya pelabur asing dan FDI (Foreign Direct Investment) akan mula mempunyai keyakinan kepada Kerajaan ini dan mula mengalirkan pelaburan ke Malaysia.

10. Tetapi ini tidak berlaku. Berkemungkinan kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim terlalu lama berada di kerusi Ketua Pembangkang dan menunggu selama 24 tahun untuk jadi Perdana Menteri.

Dia seolah-olah kelihatan OUT OF TOUCH dengan Realiti mentadbir Kerajaan Persekutuan.

PM X kelihatan lebih suka berceramah kesana sini untuk popularkan dirinya di seluruh Negara dan di pentas Dunia.

PM X kelihatan menggunakan Naratif keakrapan beliau dengan Presiden Turkey dan pemimpin-pemimpin dunia lain, agar Rakyat dapat melihat dia sebagai seorang Pemimpin Negara bertaraf dunia.

11. Seperkara lagi yang menakutkan pelabur asing ialah apabila Perdana Menteri sering mengutarakan Naratif Negara ini dipenuhi dengan pemimpin yang Korup dan Rasuah.

Seolah-olah Kerajaan terdahulu merupakan Kerajaan yang amat Korup.

Ini ditambah pula, dengan tindakan undang-undang terhadap pemimpin-pemimpin politik pembangkang, yang melihatkan seolah-olah terdapat politik membalas dendam.

12. Ini semua tidak membantu memulihkan keadaan Ekonomi Negara.

Ini juga tidak mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur besar untuk datang melabur ke Negara ini.

Malahan yang jelas kelihatan, pelabur-pelabur keluar dari Negara ini dan melabur di Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pilihanraya 6 Negeri yang akan diadakan pada bulan Ogos 2023 ini, bakal menjadi POLITICAL REFERENDUM untuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan Madani ini.

SEKIAN.

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button