Politik

Betapa penatnya perjalanan saya sebagai wakil rakyat tetapi difitnah

BEKAS Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Hannah Yeoh meluahkan perasaan berkongsi perasaan penatnya sebagai wakil rakyat yang hanya mahu berkhidmat dan membuat yang terbaik untuk kanak-kanak, wanita, keluarga.

Hannah berkata, namun khidmatnya itu selalu difitmah oleh pelbagai pihak. Baginya ketika ini hanya Tuhan yang mengetahui bebannya yang tanggungnya.

“Tahukah anda betapa penatnya perjalanan saya sebagai wakil rakyat yang hanya mahu berkhidmat dan membuat yang terbaik untuk kanak-kanak, wanita, keluarga tetapi selalu difitnah oleh pelbagai pihak? Hanya Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui,” ciap Hannah di Twitter.

Dalam Twitter sersebut dia turut berkongsi laporan berita Malaysiakini bertajuk Hannah Yeoh terjah kedaulatan raja-raja, DAP perlu belajar.’

Dalam laporan tersebut, bekas peguam kanan persekutuan, Mahamad Naser Disa menyifatkan ciapan pemimpin DAP itu berhubung isu perkahwinan bawah umur sebagai satu usaha “terjahan” kepada kedaulatan raja-raja sebagai ketua negeri.

Naser yang juga adalah bekas ketua pegawai eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) berkata, hal ehwal kekeluargaan Islam termasuk isu perkahwinan bawah umur adalah bidang kuasa negeri.

Menurutnya, sebarang usaha kerajaan Persekutuan untuk meminda had usia perkahwinan khususnya membabitkan umat Islam perlu mendapat perkenan sultan selaku ketua agama bagi negeri.

“Apa yang Hannah Yeoh cuba buat menerusi ‘tweetnya’ adalah satu terjahan kepada kedaulatan raja-raja sebagai ketua negeri. DAP perlu belajar hal ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Hannah kini disiasat  berhubung ciapan Twitternya pada 9 Mac lalu mengenai status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur di bawah kementerian berkenaan.

Dalam tweet berkenaan; Hannah mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur selepas Ahli Parlimen Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff  dilantik ke jawatan timbalan menteri di KPWKM.

“What will happen to our national road map to fight child marriage with the appointment of MP from PAS as deputy minister of KPWKM?” ciap Hannah.

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang sebelum ini dilaporkan mempertahankan perkahwinan bawah umur atas alasan ia dibenarkan Islam.

Hannah disiasat mengikut peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.-SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button