Nasional

LTAT lancar kempen Mahabbah Kasih santuni warga ATM

Bersempena bulan Ramadan 1445H/2024M, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melancarkan Kempen Mahabbah Kasih dalam usaha untuk menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya buat para pencarumnya.

LTAT dalam satu kenyataan memberitahu, kempen ini menyaksikan sumbangan pek makanan berbuka puasa kepada 850 petugas Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (“HATTM”), yang merupakan salah satu fasiliti kesihatan dibawah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (“PKAT”) pada hari selasa, 26 Mac 2024.

Penganjuran kempen ini bertujuan untuk menyantuni serta mengiktiraf jasa warga HATTM yang juga sebahagian besarnya terdiri daripada pencarum LTAT.

Kempen ini juga dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepelbagaian fungsi, peranan, tugas dan kepakaran ATM melalui kor atau rejimen yang berbeza-beza termasuklah daripada segi
perkhidmatan perubatan dan juga kesihatan yang turut memberi manfaat kepada masyarakat
awam.

Serahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Eksekutif, Mohammad Ashraf Md Radzi, kepada Ketua Jabatan Makmal Patologi Perubatan HATTM, Brigedier Jeneral (Dr) Ahmad Zakuan
Kamaruddin.

Selain itu, ‘Program Agihan Bubur Lambuk’ juga adalah salah satu program Mahabbah Kasih LTAT yang akan diadakan pada hari Jumaat, 29 Mac 2024, di Masjid Khalid Al-Walid Kuala Lumpur.

Program ini akan menyaksikan pasukan sukarelawan Jalinan Wira LTAT, yang tediri daripada kakitangan LTAT, dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan juga Yayasan LTAT dalam menyediakan serta mengagihkan 1,400 pek bubur lambuk kepada warga ATM dan juga orang awam yang akan hadir ke masjid tersebut.

Menurut Mohammad Ashraf Md Radzi, ini julung kalinya LTAT menganjurkan program seperti
ini yang memfokuskan kepada sumbangan secara langsung kepada warga ATM.

” Usaha kecil ini dilakukan bagi mengiktiraf jasa pencarum LTAT yang bertugas tanpa mengenal penat lelah,
termasuklah pada bulan Ramadan.

“Bagi memberi nilai tambah kepada Anggota dan Veteran ATM, pembekal bagi barangan seperti kurma dan kuih raya sepanjang bulan Ramadan diperolehi secara eksklusif daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (“PERHEBAT”) dan Veteran ATM.

“Inilah keunikan yang cuba kami sampaikan di LTAT pada tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem Wira ATM. Motto Demi Wira Kami adalah asas kepada perjalanan LTAT dalam memastikan kebajikan Wira ATM terpelihara secara holistik,” katanya. – SM

(Visited 45 times, 4 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button