Ekonomi

Bank Rakyat lanjut tawaran kadar keuntungan 2.15% setahun sehingga 31 Januari 2023

BANK RAKYAT melanjutkan tempoh tawaran kadar keuntungan serendah 2.15% setahun menerusi produk Pembiayaan Peribadi-i sehingga 31 Januari 2023.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, langkah ini diambil berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap kadar promosi berkenaan yang mana jauh lebih rendah berbanding kadar keuntungan yang ditawarkan di pasaran semasa.

Kadar istimewa ini yang mula ditawarkan sejak 1 Disember 2022 terbuka kepada pelanggan yang melanggan akaun baharu Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat tanpa syarat minimum jumlah pembiayaan.

Di samping itu, orang ramai serta pelanggan sedia ada juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah lumayan berjumlah keseluruhan lebih RM370,000 berupa dua buah kereta Honda HRV, dua buah motosikal Yamaha LC dan 10 unit telefon pintar iPhone 14.

“Dengan tawaran kadar keuntungan yang lebih rendah, Bank Rakyat berharap dapat membantu mengurangkan komitmen ansuran bulanan pelanggan, sekali gus meningkatkan aliran tunai peribadi serta kapasiti perbelanjaan dan simpanan mereka,” ujar Bank Rakyat.

Bank Rakyat

Pada masa yang sama, kakitangan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang layak turut berpeluang menikmati promosi Kad Kredit-i dengan keuntungan antara yang terendah di pasaran iaitu 8% setahun bergantung kepada baki belum jelas bulanan pelanggan.

Antara ciri-ciri utama Kad Kredit-i yang ditawarkan antaranya tiada yuran tahunan, tiada kadar tambahan bagi transaksi luar negara yang melibatkan pertukaran wang asing dan perlindungan takaful secara percuma atas jumlah baki belum jelas.

Pelanggan boleh memperoleh maklumat lanjut berkenaan promosi yang ditawarkan dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran atau layari laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 dan ikuti media sosial rasmi @mybankrakyat.

Artikel berkaitan > Bank Rakyat, SK Seri Permai kerjasama jayakan inisiatif SnET, manfaat lebih 1,300 murid

(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button