Nasional

Berhenti import lembu, kerbau hidup dari Thailand

Ternakan itu diserang penyakit kulit berbonjol dan berjangkit

BERHENTI segera import lembu dan kerbau hidup dari Thailand. Merbahaya kerana dilaporkan ternakan lembu dan kerbau dari negara jiran itu diserang penyakit kulit berbonjol.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendesak dan menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia agar seger menghentikan pengimportan lembu dan kerbau hidup dari Thailand.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader dalam satu kenyataannya hari ini berkata, gesaan itu dibuat kerana ternakan hidup seperti lembu dan kerbau akan diimport untuk sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan.

“Kita sedia maklum bahawa Thailand merupakan negara jiran kita maka penyakit itu yang hinggap pada ternakan lembu dan kerbau hidup dengan mudah boleh berjangkit memandangkan ia disebarkan melalui nyamuk, lalat dan kutu,” kata Mohideen dalam kenyataan yang sama.

Untuk rekod, baru-baru ini, media Thailand melaporkan, lebih 6,700 ekor lembu dan kerbau di 35 wilayah di negara itu terjejas ekoran wabak berkenaan.

Mohideen berkata, penyakit kulit berbonjol adalah penyakit berjangkit dalam kalangan lembu dan kerbau yang disebabkan virus.

Penyakit ini menunjukkan gejala-gejala seperti demam, kelenjar limfa yang membesar dan bintil berganda pada kulit dan membran mucus, katanya.

Walaupun penyakit ini tidak menjejaskan manusia, penyakit kulit berbonjol merupakan salah satu alasan paling ketara bagi pengharaman eksport daging di Eropah dan Amerika Syarikat. – SM

(Visited 657 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button