Ekonomi

Bank Rakyat edar 6,000 pek bubur lambuk sekitar Bangsar, pusat bandar

BANK RAKYAT meneruskan tradisi pengedaran bubur lambuk yang memasuki tahun kesepuluh berturut-turut penganjurannya pada tahun ini.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, bagi tahun ini mereka menyediakan sebanyak 6,000 pek bubur lambuk yang diedarkan kepada komuniti setempat serta petugas barisan hadapan.

Majlis pengedaran bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohammad Hanis Osman.

Program itu merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadan. Selain bagi menghargai petugas barisan hadapan, program tersebut juga merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bank Rakyat untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat, bertepatan dengan elemen kesejahteraan, keyakinan dan ihsan dalam Malaysia Madani.

Bubur lambuk itu diagihkan kepada orang ramai bermula jam 2.00 petang di beberapa lokasi, antaranya termasuk perkarangan Menara Kembar Bank Rakyat di Jalan Rakyat, IPD Brickfields, Balai Polis Sri Hartamas serta Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

Seperti tahun sebelum ini, sebanyak 20 kawah digunakan untuk menyediakan bubur lambuk itu seawal jam 3.00 pagi yang diketuai tukang masak dari Kampung Baru. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat santuni pengamal media di bulan Ramadan

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button