Hiburan

Beribu NGO senasib dengan Caprice, tapi mereka tak meroyan di media sosial- Maulana

KEMELUT yang dihebahkan oleh penyanyi, Caprice gara-gara tidak dapat masuk ke Gaza, Palestin terus menjadi tumpuan netizen.

Ramai yang berpendapat Caprice sedang kecewa teruk kerana tidak dibenarkan masuk ke Gaza sedangkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah selamat masuk dan keluar dari kawasan tersebut.

Malah, beberapa ayat sindiran yang dipercayai ditujukan kepada pasukan Ustaz Ebit Lew juga telah dimuat naik Caprice sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan kedua-dua pengikut.

Beberapa teguran juga telah dibuat terhadap Caprice termasuklah rakan selebriti, Sharnaaz Ahmad yang meminta supaya penyanyi itu menghentikan perbalahan di media sosial yang dianggapnya sebagai sesuatu yang kebudak-budakan.

Selain Sharnaaz, seorang lagi penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia, Maulana turut menegur sikap penyanyi itu yang kini masih terkandas di Mesir dan belum diberi kebenaran untuk masuk ke Gaza.

Maulana sebelum ini pernah masuk ke Gaza bersama dengan sebuah NGO untuk memberikan bantuan kepada rakyat di sana.

“Aku cakap terang-terang kepada Caprice, dah 10 tahun aku perjuangkan isu Palestin (bumi syam), harini baru aku jumpa ada manusia yang menggelupur nak buka aib orang lain bila diri dia tak dapat masuk Gaza.

“Kau ingat nak masuk Gaza tu macam nak pegi bercuti ke boleh senang-senang masuk?

“Kau ingat kau sorang tak boleh masuk? Ada beribu lagi badan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia yang nak masuk Gaza tapi belum dapat kebenaran. Ada kau nampak mereka meroyan di media sosial?,” katanya.

Menurut Maulana, tujuan utama untuk ke Gaza adalah untuk membantu saudara di Palestin dan bukan sekadar masuk untuk berjumpa dengan ‘influencer’ di sana.

Malah, jelasnya, membantu Palestin dengan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai perjuangan negara tu pun sudah cukup bagus.

Maulana turut menegur Caprice berkaitan dengan isu bantuan yang didakwa penyanyi itu tidak sampai ke Palestin.

“Kau nak cakap pasal bantuan dari Malaysia banyak tak sampai, aku tak nafikan mungkin ada.

“Tapi kenapa kau tak nak cakap pulak berapa banyak projek kat Gaza yang hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia?. Nak aku sebut satu persatu? Kau pegi buat kajian sebab kau nampak macam ‘MR KNOW EVERYTHING’,” katanya.

Ujarnya lagi, Caprice sepatutnya bersangka baik dengan aturan Allah yang sebaik-baik perancang.

“Manusia yang kononnya kau kata halang kau untuk masuk Gaza tu jadi asbab sahaja kau tak dapat masuk. Kalau ada 1000 manusia pun yang halang kau masuk, tapi Allah swt kata kau akan masuk Gaza, inshaAllah kau tetap akan dapat masuk Gaza.

“Berhentilah daripada jadi seperti budak-budak tak dapat masuk theme park, fokus untuk bangunkan ummah, fokus untuk beri kesedaran kepada rakyat Malaysia lebih baik.

“Jangan sibuk kejar populariti sampai nak kena tag media untuk layan Live kau. Baik kau buat live pasal macam mana kita nak perjuangkan isu ni,” katanya. -SM

(Visited 840 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button