Nasional

FBK fakulti pertama UPSI bangunkan E-Learning: Mooc Dan Language APP 2023

FAKULTI Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak proaktif membangunkan bahan pembelajaran Massive Open Online Course (MOOC) sebagai usaha pendigitalan dalam e-pembelajaran.

Prof Dr Marzita Puteh bersama warga FBK selepas melancarkan E-Pembelajaran FBK: MOOC dan Language App di Dewan Muallim, Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Berucap merasmikan majlis pelancaran Majlis Pelancaran E-Pembelajaran FBK: MOOC dan Language App di Dewan Muallim, Scholar ‘s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Marzita Puteh berkata usaha pendigitalan dalam e-pembelajaran yang dilakukan oleh FBK itu diperluas lagi dengan pembangunan platform MOOC atau Massive Open Online Courses.

Pada masa yang sama fakulti berkenaan juga membangunkan satu inovasi dalam pembelajaran bahasa yang dinamakan sebagai Language App.

“Platform yang dapat membangunkan bahan secara e-pembelajaran ini adalah inisiatif untuk memudahkan pengguna bagi mengakses bahan secara melalui internet, “ katanya.

Katanya, penggunaan platform itu sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi,(KPT) sebagaimana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025 yang memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan transformasi penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Beliau berkata penularan Wabak COVID-19 mengubah landskap pendidikan dunia termasuk PdP yang dijalankan secara dalam talian di kebanyakan Institusi Pengajian Awam (IPTA) dan swasta sebagai alternatif untuk menggantikan pembelajaran secara konvensional.

Prof Marzita ( dua dari kiri) dan Prof Suriani (dua dari kanan) melihat tablet untuk mencuba MOOC.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FBK, Prof Madya Dr Charanjit  Kaur A/P Swaran Singh.

Sementara itu, Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata pelaksaanan e-pembelajaran itu menjadikan FBK sebagai fakulti pertama di UPSI yang membangunkan bahan e-pembelajaran melalui Massive Open Online Course (MOOC) dengan sasaran 203 buah video, menerusi lapan bahasa dan merangkumi tiga aras.
“E-pembelajaran ini menawarkan kursus-kursus bahasa secara dalam talian termasuklah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Asia dan Eropah seperti bahasa Jepun, bahasa Mandarin, bahasa Arab, bahasa Jerman, bahasa Perancis, dan bahasa Sepanyol serta bahasa Iban,”katanya.

Menurut Dr. Mazura mempelajari pelbagai bahasa secara e-pembelajaran dapat membantu mengembangkan kemahiran kognitif, memperbanyak kenalan dari serata dunia dan sekali gus memudahkan komunikasi antara penutur jati dan penutur asing, malah memudahkan pengamalnya dalam dunia kerjaya. -SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button