Nasional

10 kakitangan UPSI dalami strategi pengajaran di University of Pennsylvania

SERAMAI 10 kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terdiri daripada pensyarah dan staf pentadbiran terpilih untuk mengikuti Program Pensijilan Profesional UPSI 2023.

Dengan sijil berkenaan, mereka terpilih menyertai PennGSE Teaching And Learning Summit bermula dari 13 Hingga 15 Oktober 2023 dan Program PennPBL Institute anjuran Graduate School Of Education, University Of Pennsylvania, Amerika Syarikat Secara Hibrid selama tiga minggu mulai 16 Oktober hingga 10 November 2023.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, program ini bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada pensyarah dan staf pentadbiran untuk melibatkan diri secara mendalam dan membuat refleksi berterusan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran, merekabentuk portfolio dan memperhalusi strategi baharu untuk pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, program ini juga memberi peluang kepada peserta membangunkan amalan terbaik dalam persekitaran yang menyokong kerjasama sesama rakan sekerja.

Beliau berkata, hasil program yang dijangka bukan sahaja mensasarkan potensi penganugerahan Pengajaran dan Pembelakjaran (PdP) kepada ahli akademik dan staf pentadbiran, tetapi mempunyai nilai tambah dengan sijil penyertaan di PennGSE Teaching & Learning Summit.

“Selain itu pengisian program dalam bidang Project Based Learning akan melahirkan lebih ramai pakar dari pelbagai bidang kepakaran,” katanya.

Peserta yang terlibat mengikuti program ini ialah Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Modi Lakulu, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor, Dr. Siti Shuhaida Shukor, Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus, Dr. Jaffry Zakaria, Dr. Ikhwan Hadi Yaacob, Dr. Hamidah Idris, serta dua staf pentadbiran iaitu Mahanum Muhammad dan Nazrul Azlan Musa.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Marzita Puteh mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada kakitangan yang terpilih dan berharap misi mereka mencapai kejayaan.

Antara kriteria pemilihan peserta, katanya, adalah mereka terdiri dari talent pool (kumpulan bakat) pensyarah yang memegang jawatan pentadbiran, talent pool staf pentadbiran dan talent pool yang akan menyertai pertandingan PdP di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Program ini dijalankan bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi 2023 iaitu Bilangan Pengiktirafan Yang Berteras Pengajaran dan Pembelajaran Diterima Oleh Pensyarah sekali gus memenuhi sasaran Program Sangkutan Kakitangan Luar Negara,” katanya. -SM

BACA 12 pensyarah UPSI terpilih sertai Program Fellowships Australia 2023

BACA UPSI terima sumbangan enjin Proton X70 untuk kegunaan pelajar FTV

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button