Sukan

Perarakan kemenangan KL di Dataran Merdeka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penaja utama pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan KL City akan mengadakan “VICTORY PARADE” bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak KL City menjadi Juara Piala Malaysia Edisi yang Ke-100.
Presiden KL FC, Tan Sri Annuar Musa berkata, “VICTORY PARADE” Piala Malaysia ini juga untuk membolehkan warga Kuala Lumpur melihat secara lebih dekat piala tersebut dan pemain- pemain pasukan bola sepak KL City yang turut serta dalam “VICTORY PARADE” tersebut.
“VICTORY PARADE” ini dijangka akan bermula di Dataran Merdeka, iaitu selepas waktu Asar, sekitar pukul 4.45 petang, akan melewati Jalan TAR, Campbell, Jalan Raja Laut, Kampong Baru, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, bangunan KLCC, KL Tower, sekitar Bukit Bintang dan seterusnya akan berhenti di Stadium Bola Sepak Cheras, kata beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Di Stadium, akan diadakan persembahan oleh artis-artis Kuala Lumpur dan tempatan untuk para penyokong sementara menunggu ketibaan Piala Malaysia dan para pemain. Persembahan ini dijangka akan bermula pada jam 5 petang sehingga jam 6.30 petang.
“Memandangkan kejuaraan ini amat bersejarah, iaitu ia merupakan kejuaraan siri ke-100 dan juga merupakan hadiah bermakna menjelang sambutan ulangtahun ke-50 Bandaraya Kuala Lumpur, saya ingin mengajak penyokong-penyokong pasukan bola sepak Kuala Lumpur untuk bersama-sama meraikan kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC ini,” katanya.
Para penyokong juga boleh meraikan kejayaan pemain-pemain di sepanjang perjalanan dengan mengibarkan bendera Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan dan dijemput juga untuk berada di Stadium Bola Sepak Cheras bagi menyambut ketibaan Piala Malaysia dan pemain-pemain bola sepak KL City di sana.

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button