Banjir

PPS di Melaka ditutup sepenuhnya

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Alor Gajah, Melaka sejak Ahad telah ditutup semuanya apabila kesemua tujuh keluarga membabitkan 21 orang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai petang ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, dua PPS yang ditutup di Balai Raya Bukit Tambun manakala dan di Balai Raya Bukit Balai, Alor Gajah Melaka.

“Keseluruhan 21 orang mangsa daripada tujuh keluarga sejak pukul 2 petang ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya.

“Terdahulu lima mangsa telah dibenarkan pulang selepas banjir di rumah mereka sudah surut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mereka yang berada di dua PPS itu adalah dari kawasan Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Pulau yang terjejas ekoran hujan lebat melanda awal pagi Ahad.

Dalam kejadian hujan lebat disertakan ribut pada Ahad pagi, sebanyak tiga daerah di Melaka terjejas iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Sebanyak sebanyak 17 lokasi dikenal pasti dilanda banjir kilat namun tiada PPS dibuka melainkan di Alor Gajah iaitu di Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai.

Antara kawasan yang terjejas ialah Pengkalan Rama Pantai, Bukit Bayan, Bukit Beruang Utama, Taman Desa Duyong, Semabok Dalam, Kampung Solok Bukit Baru Duyong dan Jambatan Duyong.

Tidak terkecuali Permatang Duyong, Duyong Tengah, Bukit Duyong, Tampoi, Kampung Ayer Molek dan Kampung Kandang. – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button