Nasional
Trending

Dr Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan, kata Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata pemangkuan sementara yang berkuatkuasa 3 Jan lepas

Ia diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas (8 Jan).

“Dr Mahathir akan memangku jawatan itu sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik,” menurut kenyataan itu.

Pada 2 Jan lepas, Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Jan selepas mendapat nasihat Dr Mahathir, selepas memegang portfolio itu selama 20 bulan.

Pada Selasa, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, Dr Mahathir berkata pelantikan Menteri Pendidikan akan ditentukan olehnya dan ia adalah prerogatif beliau. – BERNAMA

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button