Alam SekitarBanjirNegeri

Banjir Sabah: 125 mangsa dari dua daerah dipindahkan

MANGSA banjir dari dua daerah di Sabah meningkat kepada 125 orang dan daripada jumlah tersebut 38 keluarga telah dipindahkan pagi tadi berbanding 54 orang daripada 17 keluarga malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, kesemua mangsa banjir ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah iaitu di Kota Belud dan Sipitang.

“Seramai 37 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol di Sipitang manakala 88 mangsa lagi ditempatkan di tiga PPS di Kota Belud,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, tiga PPS di Kota Belud ialah Dewan Muhibah Kampung Tombol yang menempatkan 22 orang mangsa daripada sembilan keluarga.

“Dewan SRJK Chung Hwa pula menempatkan 30 orang mangsa daripada lapan keluarga dan 36 mangsa daripada sembilan keluarga lain ditempatkan di Dewan SK Tamau,” ujarnya.


Beliau berkata, sebanyak 40 kawasan di Kota Belud dan 13 kawasan di Sipitang terjejas selepas hujan berterusan menyebabkan paras air sungai naik dan melimpah ke kawasan-kawasan kampung yang berdekatan.

Keadaan cuaca di daerah berkenaan tidak hujan namun semua agensi penyelamat sentiasa bersiap siaga jika berlaku sebarang pemindahan ke atas PPS. – SM

(Visited 14 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button