BanjirBencana alamNasionalRencah Hidup

Banjir: Rancang Perjalanan Dan Ambil Tahu Situasi Ahli Keluarga, Bantu Hadapi Situasi Sukar

Kita semua sedia maklum bahawa hujan lebat yang turun sejak seminggu lalu menyebabkan beberapa negeri teruk di dilanda banjir yang sudah melepasi paras tinggi.

Antara kawasan yang teruk terjejas ialah Johor, Sabah, Perak, negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Terkini, Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dari Kuantan ke Kuala Lumpur ditutup selepas dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sehinggakan kedua-dua arah laluan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

Di kawasan kampung pula, pihak berkuasa sedang giat memindahkan mereka yang rumah sudah ditenggelami air ke Pusat Penempatan Sementara (PSS).

Namun, apa yang lebih menyayat hati, hari demi hari ada sahaja kes kematian ekoran lemas dibawa arus deras dilaporkan oleh akhbar tempatan.


Bayi, kanak-kanak dan warga tua antara yang terkorban nyawa malah tiada siapa yang mampu menduga situasi ini akan terjadi dan bila pula akan berakhir meskipun setiap tahun kawasan-kawasan ini dilanda banjir.

Sebagai rakyat Malaysia, kita mungkin tidak mampu untuk “menghentikan” bencana alam ini namun apa yang boleh kita lakukan adalah menjaga keselamatan diri dan keluarga dalam situasi sukar seperti ini.

Sekiranya anda perlu bergerak ke lokasi banjir, rancang perjalanan anda dan sentiasa cakna dengan informasi terkini berkenaan situasi banjir.

Ambil tahu akan situasi ahli keluarga yang terkesan dengan banjir agar kita dapat mengharungi situasi sukar ini bersama.

(Visited 224 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button