Politik

Saya Tolak Jawatan Duta Ke Switzerland Kerana Perlu Letak Jawatan MP – Nazri

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan beliau menolak jawatan duta ke Switzerland kerana perlu melepaskan jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat.

Nazri menjelaskan, beliau memutuskan untuk kekal sebagai ahli Parlimen buat masa ini untuk memberi sokongan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga menyanggah dakwaan seorang penulis blog, Hussein Hamid yang memberi gambaran seolah-olah pihak Kementerian Luar tidak menyokong pelantikannya.”

Penulis blog ini bodoh. Dia tidak tahu apa-apa. Wisma Putra yang menghantar nama saya kepada kerajaan Switzerland, macam mana pula dia kata tidak sokong pelantikan saya?

“Yang buatkan saya tolak disebabkan saya perlu lepaskan jawatan Ahli Parlimen jika mahu jadi duta ke Switzerland. Itu syarat yang diberikan, tidak boleh mana-mana ahli Parlimen yang masih berkhidmat.

“Kalau saya mahu jadi duta, saya kena letak jawatan ahli Parlimen. Mana boleh ketika ini Perdana Menteri dan kerajaan perlukan sokongan. Saya tak mahu jadi individu yang hanya nak lepaskan diri sendiri tetapi biarkan kerajaan dan Perdana Menteri terumbang-ambing,” katanya kepada Astro AWANI.

Nazri juga menafikan dakwaan penulis blog tersebut bahawa pencalonan beliau ditolak kerana dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Nazri sekiranya terlibat dengan skandal 1MDB, sudah tentu beliau akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Sebab itu saya kata dia bodoh. Dia fikir dia tahu segala-galanya sebaliknya tidak. 1MDB ini dah lebih tiga tahun kes dibuka. Kalau saya terlibat tentulah saya dipanggil untuk beri keterangan kepada SPRM dan polis.

“Tetapi perkara itu tidak berlaku. Jadi penulis blog ini tidak ada modal nak tulis, buat lah cerita tidak betul dan cuba nak laga-lagakan Wisma Putra dengan ahli Parlimen.

“Saya tidak kisah kalau orang tidak suka saya dan nak komen kerana mereka ini bukan orang yang memberi undi di kawasan saya,” katanya lagi.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Nazri mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam PRU15.

Beliau menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda.

(Visited 640 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button