Bola SepakSukan

Bilik persalinan Stoke macam kandang babi

Dinaik taraf menjelang pertemuan dengan Tottenham

JOSE Mourinho menggesa pihak berkuasa bola sepak agar memantau bilik persalinan pasukan pelawat menjelang pertemuan melibatkan skuad bimbingannya, Tottenham yang akan bertandang ke Stoke dalam aksi Piala Liga awal pagi esok (waktu Malaysia).

Sejak bola sepak disambung semula Jun lalu di kebanyakan stadium kelab-kelab utama di seluruh England, pasukan pelawat telah menggunakan bilik persalinan sementara dalam usaha mematuhi protokol koronavirus bagi menghadkan pergaulan.

Bagaimanapun sewaktu perlawanan Liga Kejuaraan melibatkan Stoke menentang Middlesbrough awal bulan ini, bos Boro, Neil Warnock mengkritik fasiliti yang disediakan untuk pasukannya apabila menyifatkan kemudahan tersebut seperti ‘kandang khinzir’.

Ketika diajukan pertanyaan tentang situasi berkenaan menjelang suku akhir Piala Liga, Mourinho mendedahkan, dia ada menerima rakaman video bilik persalinan yang dimaksudkan itu.

“Saya ada rakaman video bilik persalinan itu. Video tersebut dibuat oleh rakan setugas yang berkhidmat bersama pasukan lain di mana mereka telah beraksi menentang Stoke dan saya tidak akan membangkitkan persoalan, anda yang perlu berbuat demikian.

“Namun, saya rasa persoalan ini tidak sepatutnya diajukan kepada saya, pihak berkuasa yang sepatutnya menjawab soalan ini, semua pihak yang bertanggungjawab, pihak berkuasa bola sepak, pasukan keselamatan tetapi bukan kepada saya.

“Saya tidak akan menjadi lelaki jahat yang memberikan komen tentang bilik persalinan pasukan pelawat di Stoke,” kata Mourinho.

Mourinho biasanya memandang serius pertandingan yang disertai skuad bimbingannya berbanding pencabar yang lain dengan menyenaraikan barisan yang kuat, dan pendekatannya itu telah membuahkan hasil menerusi tiga kejayaan bersama Chelsea dan Manchester United pada 2016/17.

Warga Portugal itu memberi bayangan dia mungkin menggunakan perlawanan tersebut, setelah ditimpa dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris, dengan memberi peluang kepada beberapa pemain yang dipinggirkan seperti Gareth Bale untuk disenaraikan ke dalam kesebalasan utama.

“Saya rasa akan berlaku gabungan pemain. Saya sedar beberapa pemain perlu bermain dan mereka berhak diberi peluang itu.

“Bagi mereka yang kerap bermain disebabkan kami tidak mempunyai pilihan yang lebih bagus untuk melakukan perubahan, maka kami terpaksa mengekalkan mereka, tetapi sudah tentu saya akan cuba memberikan mereka sedikit ruang untuk berehat buat dua atau tiga pemain,” kata Mourinho ketika ditanya mengenai kesebelasan utamanya yang bakal diturunkan. – Sky Sports – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button