Banjir

Banjir melanda Johor, Pahang dan Sabah

TIGA negeri iaitu Johor, Pahang dan Sabah ketika ini dilaporkan menghadapi bencana banjir di beberapa kawasan.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara, negeri Johor paling teruk terkesan akibat hujan lebat yang melanda negeri itu.

Terkini 6 daerah iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian dilaporkan dinaiki air.

Keseluruhan seramai 5,265 orang daripada 1,405 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Di Johor Bahru sebanyak 12 pusat pemindahan dibuka dan memempaykan 2,244 orang daripada 546 keluarga.

Di Kluang sebanyak 17 pusat pemindahan dibuka sebagai tempat perlindungan kepada 1,570 orang daripada 480 keluarga.

Sementara di Kota Tinggi 848 orang dari 216 keluarga mendapatkan perlindungan di 14 pusat pemindahan.

Di Kulaijaya lima pusat pemindahan dibuka menempatkan 569 orang dari 152 keluarga.

Di Batu Pahat terdapat dua pusat pemindahan menempatkan 28 orang daripada 10 keluarga dan di Pontian 6 orang daripada sebuah keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.

Manakala di Pahang 462 orang dari 124 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di lima buah daerah.

Rompin paling teruk terjejas dengan lima pusat pemindahan dibuka dengan 180 orang daripada 52 keluarga dipindahkan.

Temerloh sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka menempatkan 17 orang daripada empat keluarga.

Maran dan Raub masing-masing sebanyak dua buah pusat pemindahan dibuka melibatkan 151 orang daripada 45 keluarga

Di Jerantut sebuah pusat pemindahan dibuka menempatakan 114 orang daripada 23 keluarga.

Di Sabah dua buah pusat pemindahan di buka di Kota Kinabalu yang menempatkan 216 orang daripada 69 keluarga.-SM

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button