Alam Sekitar

Banjir Melaka Pulih, Semua PPS Ditutup

Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin ditutup pada jam 7 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang.

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Secara keseluruhan, sebanyak 23 PPS dibuka sejak 1 Januari lepas bagi menempatkan 2,744 orang daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. – Bernama

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button