Banjir

Banjir: Lebih 14,000 dipindahkan di Johor, Pahang

DUA negeri dilanda bencana banjir dengan lebih 14,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Johor dan Pahang.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara, sembilan daerah di Pahang telah ditengelami air.

Sehingga kini seramai 7,524 orang daripada 2,216 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan. Paling teruk terkesan adalah Kuantan, Jerantut dan Raub.

Di Kuantan sebanyak 29 pusat pemindahan dibuka dan ketika ini menempatkan 2,308 mangsa daripada 605 keluarga.

Sementara di Jerantut 1,046 orang daripada 238 keluarga telah ditempatkan di 19 pusat pemindahan.

Manakala di Raub 398 keluarga terdiri daripada 1,401 orang telah dipindahkan ke 32 pusat pemindahan.

Di Lipis sepanyak 15 pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 684 orang, Maran (9) menempatkan 657 orang, Rompin (8) menempatkan 634 orang, Pekan (3) menempatkan 91 orang, Bentung (3) menempatkan 219 orang.

Penduduk menggunakan sampan untuk bergerak di kawasan banjir.

Di Johor pula sebanyak sembilan daerah terkesan dengan bencana banjir.

Seramai 7,439 orang daripada 1,870 keluarga telah dipindahkan di pusat pemindahan selepas rumah mereka ditengelami air akibat hujan lebat yang melanda negeri itu.

Tiga daerah iaitu Kluang, Johor Bahru dan Kota Tinggi terkesan teruk dengan masing-masing lebih 2,000 penduduk telah dipindahkan.

Di Kluang sebanyak 21 pusat pemindahan telah dibuka yang menematkan 2,171 penduduk daripada 632 keluarga.

Manakala di Johor Bahru 11 pusat pemindahan telah dibuka dan ketika ini menemptkan 2,098 orang daripada 441 keluarga.

Sementara di Kota Tinggi seramai 2,068 orang daripada 497 keluarga telah ditempatkan di 19 pusat pemindahan.

Di Kulaijaya enam pusat pemindahan dibuka menempatkan 679 orang, Mersing (4) menempatkan 257 orang, Pontian (2) menempatkan 34 orang, Batu Pahat (2) menempatkan 67 orang, Ledang (1) menempatkan 60 orang.-SM

 

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button