fbpx
Nasional

Banjir kilat melanda Kuala Lumpur, air naik setinggi 3 meter

HUJAN lebat yang bermula kira-kira pukul 3 petang tadi telah mengakibatkan beberapa lokasi utama di ibu negara di landa banjir.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, lima lokasi terlibat ialah di Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang (Kampung Baru), Jalan Gurney Off Jalan Semarak, Lorong Ayer Leleh dan Jalan San Ah Wing, Kampung Semarak.

Keadaan kawasan di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – Gambar Ihsan JBPM KL

Menurut kenyataan itu, pihaknya mula menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.25 petang di Lebuh Ampang dan disusuli beberapa lokasi lain selepas itu.

“Air di kawasan Jalan Gurney Off Jalan Semarak didapati naik setinggi 3 meter dan terdapat 10 orang mangsa terperangkap di dalam rumah.

Air naik setinggi 3 meter di Jalan Gurney ekoran hujan lebat petang tadi. – Ihsan JBPM KL

“Bagaimanapun kesemua mereka berjaya dikeluarkan daripada kawasan tersebut. Lokasi lain pula air naik di antara 1 hingga 1.5 meter,” katanya.


Jelasnya, lima lagi mangsa banjir yang terperangkap di dalam rumah di Jalan Raja Alang (Kampung Baru) juga telah diselamatkan.

 

Tambahnya, kesemua mangsa yang terperangkap telah dibawa ke pusat pemindahan banjir di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Kejadian banjir yang berlaku di ibu negara ketika waktu puncak orang ramai pulang ke rumah juga telah mengakibatkan kesesakan luar biasa berlaku. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button