Alam SekitarBanjirBencana alam

Banjir: Kakitangan awam terjejas diberi cuti kecemasan, majikan swasta disaran ikut serta – Perdana Menteri

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir. Menurut Perdana Menteri, kerajaan memahami kesulitan yang dialami kakitangan awam disebabkan bencana alam itu.
“Esok hari Isnin, bermula hari kerja, mereka perlu kerja walaupun mereka pindah… oleh kerana kita (kerajaan) faham kesusahan mereka jadi kerajaan bersetuju memberi cuti kecemasan akibat bencana ini kepada kakitangan-kakitangan awam yang terkesan.

“Bila mereka masuk kerja, mereka boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukan. Saya harap dah balik rumah, selesaikan urusan cuci rumah dan sebagainya, bolehlah bekerja semula.

“Setakat hari ini, kita beri cuti kepada semua kakitangan kerajaan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Tanah Klang, di sini pada Ahad.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Pusat Pindaan Sementara (PPS), Sekolah Kebangsaan Johan Setia dan Sekolah Kebangsaan Teluk Gong di Shah Alam, Selangor.
Dalam masa sama, Ismail Sabri menyarankan, syarikat swasta supaya memberikan cuti berbayar dengan tidak menolak cuti tahun kepada pekerja mereka yang terjejas akibat banjir.

“Kalau mereka (majikan) setuju memberitahu, dua perkara yang kita syaratkan, mereka tidak boleh tolak cuti tahunan dan paid leave.
“Dari segi perundangan tidak ada undang-undang yang boleh memaksa, tapi dari segi kemanusian mereka perlu diberi cuti. Saya minta kepada majikan swasta bagi cuti tanpa pemotongan gaji atau cuti tahunan,” kata Perdana Menteri.
Sehubungan itu Ismail Sabri berkata,akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia supaya isu ini turut dipanjangkan dengan majikan swasta. – SM
(Visited 172 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button