BanjirNasionalNegeri

Banjir di Pahang semakin pulih

SITUASI banjir di Pahang semakin pulih berikutan hanya tinggal tujuh mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Mereka yang terdiri daripada keluarga itu ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian, Maran.

Memetik laporan Astro Awani, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, angka itu menurun berbanding pukul 4 petang semalam membabitkan 12 mangsa daripada tiga keluarga.

“Seramai lima mangsa daripada sebuah keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian telah pulang ke rumah berikutan banjir telah pulih petang semalam (Jumaat).

“Selain itu, PPS Balai Raya Ulu Sungai Raub yang sebelum ini menempatkan 21 mangsa daripada lapan keluarga telah ditutup pada jam 3 petang semalam (Jumaat) ekoran banjir pulih sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai masih menunjukkan paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin.

Selain itu, dua sungai di Maran menunjukkan paras amaran iaitu Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, manakala Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan menunjukkan paras waspada. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button