Nasional

KPWKM: 3,000 kit agihan sampai ke tangan penerima

MENJELANG Hari Raya Aidiladha semalam, sebanyak 3,000 kit agihan disampaikan kepada penerima.

Kit ini merangkumi pelbagai jenis makanan basah termasuk ayam dan barangan masakan yang lain.

Demikian dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di media sosialnya, Tweter.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia yang meraikannya hari ini.

Sementara itu, Bakul Prihatin Negara terus bergerak menghampiri para penerima yang memerlukan bantuan sepanjang Covid-19.

Mereka yang memerlukan bantuan Bakul Prihatin boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD).

Pihak kementerian juga mahu JKM bertindak segera, turun padang atau lokasi bagi meninjau serta mendapatkan maklumat jika ada mana-mana pihak yang memerlukan Bakul Prihatin. – SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button