BanjirBencana alamLuar Negara

Banjir, gempa bumi silih berganti: Angka korban di Indonesia semakin meningkat

REPUBLIK Indonesia dan gempa bumi amat sinonim kerana bencana alam tersebut sering sahaja berlaku di lokasi yang sama berulang-ulang kali.

Pada Khamis dan Jumaat lalu, seramai 81 orang terbunuh setelah gempa sekuat 6.2 magnitud berserta gempa susulan pada skala 5.9 magnitud melanda Sulawesi Barat.

Seramai 15 orang turut dilaporkan mati di wilayah Kalimantan Selatan ketika banjir melanda wilayah itu sejak 14 Januari yang lalu.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional pada hari Isnin (18 Januari), angka kematian akibat gempa bumi yang kuat dan banjir di bahagian tengah Indonesia terus meningkat menjadi 96 orang dengan hampir 70,000 orang terpaksa melarikan diri dari rumah dan berlindung.

Gempa bumi tersebut telah menempatkan sekitar 28,000 orang di 25 pusat pemindahan di kota Mamuju dan daerah Majene, Sulawesi Barat sementara banjir mengakibatkan hampir 40,000 orang perlu berlindung di Kalimantan Selatan.


Kerosakkan rumah akibat gempa bumi juga meningkat menjadi 1,150 unit di daerah tersebut dan lima bangunan sekolah turut musnah.

Pasukan perubatan bertungkus-lumus untuk merawat puluhan orang yang cedera akibat gempa bumi tersebut tanpa mengambil kira tentang risiko Covid-19. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button