Uncategorized

Bayi dua bulan diberi minuman herba meninggal dunia

TIDAK masuk dek akal tindakan keluarga seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Aya, memberi bayinya yang baru berusia dua bulan minuman herba campuran daun kacang botol dan daun kencur.

Kejadian berlaku di Indonesia dan difahamkan bayi itu bagaimanapun meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Bercakap kepada media tempatan, Puan Aya mengakui terkilan dengan sikap keluarganya yang sesuka hati memberi anak sekecil itu minuman yang tidak sepatutnya.

Meskipun dia sudah melarang dan memberitahu bahawa ramuan tersebut tidak sesuai untuk bayinya namun keluarganya tidak mengendahkan malah tetap memberikan minuman tersebut kepada bayi yang malang itu.

Akibat dari kesan itu, mangsa mula sesak nafas dan menghidapi jangkitan paru-paru.

Puan Aya berkata, dia panik melihat keadaan anaknya dan bergegas membawa bayinya itu ke rumah sakit daerah walaupun mendapat halangan keluarga.

Doktor mengesahkan bayi malang itu meninggal dunia setibanya di hospital. – SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button