Kemalangan

Pekerja Petronas maut motosikal dirempuh lori

Seorang pekerja Petronas di Sungai Udang maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batang Tiga, Bukit Rambai, Melaka di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.24 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Siddiq Amran, 24, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lori yang dipandu Mohd. Hanafiah Che Mahmood, 67, dalam perjalanan dari Bukit Rambai menghala ke Batang Tiga.

Motosikal dinaiki Muhammad Siddiq
Amran rosak teruk selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batang Tiga, Bukit Rambai, Melaka.

“Motosikal yang ditunggang mangsa pula dari arah Batang Tiga menghala ke Bukit Rambai dan sewaktu tiga di tempat kejadian lori berkenaan cuba mengelak sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibatnya lori itu terbabas ke jalan sebelah sebelum merempuh motosikal dinaiki Muhammad Siddiq yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Christopher berkata, pemandu lori yang mengalami kecederaan di kaki dan telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan tindakan yang telah diambil mayat mangsa telah dihantar ke Forensik Hospital Melaka.serta Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu bapa saudara mangsa, Sukor Yaakub, 61, berkata, dia mendapat tahu mengenai kemalangan itu ketika dihubungi anak buahnya kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Saya bergegas ke tempat kejadian sementara adik mangsa dan beberapa saudara pergi ke Hospital Melaka,” ujarnya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia merasa pelik macam mana anak buahnya pergi kerja ke Sungai Udang melalui jalan Batang Tiga.

Ujarnya, kebiasaannya arwah pergi kerja melalui jalan pekan Tangga Batu dan bukannya di jalan tersebut. – SM

 

 

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button