Banjir

Banjir: 250 mangsa masih berada di tiga PPS

Mangsa banjir di Melaka terus meningkat pagi ini dengan jumlah mangsa dipindahkan kini mencecah 250 orang di Alor Gajah dan Melaka Tengah setakat pukul 12.00 tengahari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Kamarulsyah Muslim berkata, lima kampung yang terjejas setakat ini ialah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor dan Kampung Beringin di Alor Gajah.

Menurutnya, di Melaka Tengah hanya Kampung Lanjut Manis mangsa baharu membabitkan 16 keluarga dan seramai 77 mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong.

“Setakat ini hanya dua buah PPS masih beroperasi di Alor Gajah ialah Balai Raya Kampung Gadek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan manakala Balai Raya Kampung Tanjong Rimau telah ditutup hari ini,” ujarnya hari ini.

Kamarulsyah berkata, mangsa yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek melibatkan mangsa daripada 20 keluarga dan SMK Seri Pengkalan pula menempatkan 104 mangsa daripada 24 keluarga.

Beliau berkata, PPS Kampung Lanjut Manis dibuka pada pukul 1.00 pagi tadi berikutan hujan lebat yang melanda.

Menurutnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka akan terus melakukan pemantauan berterusan di kawasan terjejas, selain memantau paras air di sungai berhampiran.

Sementara itu mangsa banjir turut dilawati beberapa pemimpin Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka di PPS SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka hari ini.

Mereka ialah Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis. -SM

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button