KesihatanNasionalPenyakit

Mohd. Redzuan bebas HSO hari ini, negatif Covid-19

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof hari ini disahkan negatif Covid-19.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd. Redzuan menerima keputusan ujian saringan kali kedua pagi tadi.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas beliau semalam dan telah disahkan negatif hari ini.

“Kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 beliau sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) beliau tamat hari ini,” demikian menurut kenyataan itu. – SM

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button