Politik

Dong Zong tidak sesuai di Malaysia

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum. Semua memang sedia maklum dan tidak cukup setakat itu semua rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian yang dikecapi selama ini.

Keharmonian negara

Dong Zong sejak sekian lama merupakan pertubuhan yang hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum iaitu kaum Cina semata-mata. Ia tidak sehaluan dengan aspirasi penduduk negara ini yang mahukan keharmonian.

Keharmonian inilah yang menjadi tunggak kepada kejayaan Malaysia selama ini. Kewujudan Dong Zong hanya untuk menggugat dan menghalang pencapaian yang lebih gemilang negara.

Oleh itu adalah wajar kerajaan mengharamkan terus Dong Zong, kerana para pemimpinnya yang membawa fahaman kebencian.

Tindakan tegas

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap para pemimpin Dong Zong. Dan tidak lagi boleh bertolak ansur kerana mereka memilih jalur keras untuk bergerak.

Bayangkan apabila majoriti penduduk negara ini menolak fahaman keras dan melampau, tetapi kerajaan masih melayan pergerakan sedemikian.

Jadi pengajaran

Tindakan tegas ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang mahu mewujudkan fahaman yang memecah belah masyarakat dan  melampau.

Dong Zong sebenarnya sengaja mahu menduga apakah kerajaan berani bertindak terhadap mereka.

Banyak pihak telah menyatakan desakan kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap pertubuhan itu  dan terbaharu Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) .

Mereka mahu kerajaan bertegas dengan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang bercadang menganjurkan kongres bagi membantah pengenalan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Zain Hamzah berkata bantahan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah membuat keputusan mengenai perkara tersebut setelah menimbang segala sudut dengan sebaik mungkin dan telah melakukan rundingan  dengan semua pihak.

“Justeru itu, kerajaan perlu bertegas tanpa tunduk kepada mana-mana pihak yang mahu menghalang pelaksanaan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular tersebut,” kepada kepada Bernama di sini hari ini.

Orang Cina tidak sokong Dong Zong

Orang Cina sendiri pastinya tidak menyokong apa yang dibawa oleh Dong Zong. Tindakan yang melampau kekiri akan merosakkan hubungan antara  kaum di negara ini dan ini tidak baik kepada ekonomi negara.

Rakyat negara ini pastinya mahu hidup selesa dan aman serta damai tanpa dibelenggu dengan fahaman perkauman yang semakin menjadi-jadi.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab semua pihak harus menentang Dong Zong dan mendesak pertubuhan itu diharamkan.

 

 

(Visited 453 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button