Luar Negara

Nyawa di hujung tanduk: Majlis resepsi bertukar tragedi pahit

Letupan di Lebonan menjadi kenangan pahit Israa Seblani, suami

MENYIMPAN impian untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan gilang gemilang sememangnya menjadi hasrat pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga.

Namun detik manis bagi pasangan pengantin baharu di Lebanon bertukar menjadi detik bukan sahaja mencemaskan tetapi akan terpahat sebagai kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan.

Israa Seblani, 29, dan suami, Ahmad Sbeih, 34, berhasrat merakamkan memori indah bergelar suami isteri telah bertukar menjadi tragis apabila majlis resepsi mereka digegarkan dengan insiden letupan pada Selasa lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat yang tular, jelas kelihatan kegembiraan Seblani merakam detik indah pada hari bahagianya itu dengan bantuan jurugambar Mahmoud Nakib bertukar dalam sekelip mata apabila lokasi resepsi pasangan pengantin ini digegarkan dengan letupan kuat.

Lokasi majlis resipi saya dipenuhi timbunan kaca pecah dan bunga-bunga hiasan.

Israa yang bertugas sebagai doktor di Amerika Syarikat (AS) tidak dapat mengungkapkan rasa sedih atas apa yang berlaku namun bersyukur dia dan suami terselamat.

“Apa yang berlaku semasa letupan itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Saya benar-benar terkejut dan tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah saya akan mati dan bagaimana saya akan mati,” kata Israa.

Katanya lagi, selepas menyedari kejadian itu, beliau melihat kemusnahan hampir keseluruhan Pelabuhan Beirut dan satu perkara yang dapat dilafazkannya pada ketika itu ialah perkataan syukur kepada Tuhan kerana terselamat daripada bencana itu.

Israa yang tiba di Beirut tiga minggu lalu bagi persiapan majlis perkahwinannya di sebuah hotel berhampiran bandar pelabuhan itu menzahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku, khususnya kepada mangsa yang terjejas.

Bandar pelabuhan di ibu kota Lebonan, Beirut digegarkan dengan letupan kuat berpunca daripada stok simpanan 2,750 tan ammonium nitrat.

Sekurang-kurangnya 170 mangsa terkorban dan ribuan lagi cedera. Ekoran insiden letupan itu, kira-kira 300,000 penduduk hilang tempat tinggal. – SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button