pilihanPolitik

Bangsa Johor, jaga tingkah laku dan bertanggungjawab untuk perkara yang dilakukan – TMJ

KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru agar rakyat Negeri Johor sentiasa menjaga tingkah laku dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).

Menerusi satu entri di Facebook, Tunku Ismail turut mengingatkan agar rakyat negeri tersebut bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang dilakukan.

“Ingin saya mengingatkan kepada semua bangsa Johor agar sentiasa menjaga tingkah laku dan bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang anda lakukan.

“Semoga negeri Johor dan seluruh bangsa Johor sentiasa diberkati dan dipelihara Allah SWT. Muafakat itu berkat, Allah Peliharakan Sultan,” katanya ringkas.

Beliau tidak mahu keharmonian dan keselamatan di Johor terjejas oleh pihak-pihak tertentu kerana PRU15 akan datang.

Terdahulu, berlaku insiden kekecohan di Muar membabitkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diadakan di sebuah dewan restoran di Jalan Bakri pada Sabtu.

Mengikut laporan, kekecohan dipercayai bermula apabila tetamu di sebuah dewan keluar bersemuka dengan sekumpulan kira-kira 30 orang yang memakai pelitup muka sambil menjerit-jerit yang kemudiannya membawa kepada insiden membaling botol serta mercun.

Ini bukan kali pertama insiden berlaku membabitkan parti itu. Malah, ceramah politik parti MUDA turut dilaporkan terganggu sekumpulan ‘mat motor’ di Parit Jawa, Johor pada 16 Oktober lepas.

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button