Luar Negara

Bangkok tukar nama jadi Krung Thep Maha Nakhon

THAILAND telah megumumkan bahawa ia akan menukar nama ibu kotanya daripada Bangkok kepada Krung Thep Maha Nakhon.

Pengumuman itu dibuat oleh The Office of the Royal Society (ORST), sebuah agensi bebas di bawah seliaan Perdana Menteri Thailand.

Namun begitu, nama Bangkok tetap diakui, seperti dilaporkan oleh Bangkok Post.

Pada Selasa lalu, Kabinet Thailand meluluskan draf pengumuman oleh pejabat perdana menteri mengenai nama negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota yang dikemas kini. Nama-nama itu dicadangkan oleh ORST.

Bagaimanapun, nama Krung Thep Maha Nakhon masih tidak sah sehingga diteliti oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti semua draf undang-undang.

Kabinet juga meminta jawatankuasa itu mempertimbangkan pemerhatian tambahan daripada Kementerian Luar Thailand.

Dalam pengumuman ORST, Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi untuk ibu kota Kerajaan Thailand, namun nama Bangkok akan tetap disertakan dalam kurungan.

ORST juga mengemas kini ejaan rasmi untuk negara lain, termasuk Rom untuk ibu kota Itali, perubahan ibu kota Myanmar daripada Yangon kepada Naypyidaw, dan perubahan kerajaan Nepal kepada Republik Demokratik Persekutuan Nepal.

Di samping itu, Timbalan Jurucakap Kerajaan, Ratchda Dhanadirek berkata pada Rabu lalu bahawa nama Krung Thep Maha Nakhon akan digunakan sebagai nama rasminya dan Bangkok akan diiktiraf dalam kurungan.

Di laman Facebook, ORST menyiarkan bahawa kedua-dua nama boleh digunakan. Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001 di bawah pengumuman ORST. Nama Bangkok diambil kerana terdapat dua daerah yang menjadi sebahagian daripada kawasan metropolitan negara iaitu Bangkok Noi dan Bangkok Yoi. – SM

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button