Hiburan

Bangga Ultraman Ribut Pamer Gerak Silat Dalam Ultra Galaxy Fight : The Absolute Conspiracy

Ultraman Ribut merupakan salah satu karakter adiwira ciptaan produksi animasi Malaysia, Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) dari siri animasi Upin dan Ipin.

Namun lebih membanggakan rakyat Malaysia adalah apabila karakter tersebut berjaya menembusi persada antarabangsa sekali gus menjadi sebahagian daripada keluarga Ultraman.

Baru-baru ini, Ultraman Ribut muncul dalam episod pertama Ultra Galaxy Fight : The Absolute Conspiracy yang ditayangkan di saluran Youtube rasmi Tsuburaya Productions.

Kemunculan Ultraman Ribut dalam siri tersebut sebagai salah seorang ‘Galaxy Rescue Force’ menunjukkan kolaborasi yang baik antara Les’ Copaque dan Tsuburaya Productions.

Di ruangan komen Youtube rasmi Tsuburaya Productions, rata-rata rakyat Malaysia memberi maklum balas yang cukup memberangsangkan.

Salah seorang pemilik akaun Youtube, Nuraisyah Hamira, merasa bangga akan usaha sama antara kedua-dua produksi.

“Proud to be Malaysian. The Ultraman Ribut is from the Upin & Ipin that being created by Les’ Copaque Production in Malaysia and being supervised by Tsuburaya Productions. Thanks to Japan production to credit Malaysian Ultraman Ribut in this sequel of Ultraman,” ujarnya dalam komen berbahasa Inggeris.

Dalam masa sama, Khairune Firdaus teruja dan bangga dengan pencapaian luar biasa industri animasi Malaysia dan mewakili rakyat Malaysia, Khairune meninggalkan komen :

“Proud of Ultraman Ribut from Malaysia,” tulisnya.

Pemilik akaun YouTube dengan nama Zarakhi Kenpachi kagum melihat aksi yang dipamerkan Ultraman Ribut ketika menentang kuasa jahat di galaksi dengan menggunakan gerak silat.

“Wow Ultraman Ribut. First Ultraman using silat as martial art,” komennya.

Penglibatan Ultraman Ribut dalam Ultra Galaxy Fight : The Absolute Conspiracy boleh disifatkan sebagai pencapaian yang amat membanggakan buat Les’ Copaque Production dan rakyat Malaysia pastinya akan kekal memberi sokongan yang padu terhadap siri ini untuk melihat adiwira Malaysia beraksi!

(Visited 1,797 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button