Nasional

Banduan Mampu Isi Kekosongan Tenaga Kerja Warga Asing – Hamzah Zainuddin

Seramai 10,000 banduan dijangka menjalani program Sistem Parol, Pelepasan Banduan Secara Lesen dan Program Reintegrasi Penghuni, dengan 80 peratus dianggar ditempatkan dalam industri, seterusnya mampu mengisi kekosongan tenaga kerja yang menggunakan warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kerajaan akan terus memberi perhatian kepada golongan terbabit dengan jumlah banduan menjalani program Pemulihan Dalam Komuniti pada 2021, melebih 7,000 orang.

“Melalui program ini juga, kerajaan mampu menjimatkan kos pengurusan penjara sebanyak RM182 juta setahun. Peluang diberikan untuk banduan berada dalam komuniti mendapati 99.63 peratus daripada mereka berjaya dan tidak lagi mengulangi kesilapan serta kembali semula ke penjara.

“Namun, kementerian turut komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus diutamakan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-232 di Ibu Pejabat Jabatan Penjara, di sini hari ini.

Sementara itu, Hamzah berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Perintah Kehadiran Wajib (Pindaan) 2021 bakal menjadi alternatif kepada hukuman pemenjaraan, sekiranya bacaan kali kedua dan ketiganya diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

RUU berkenaan, katanya, akan membolehkan mahkamah memerintahkan hukuman alternatif pemenjaraan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan pesalah.

“Pesalah ini bukan sahaja boleh dipulihkan melalui kerjasama kerajaan dan komuniti, malah mampu untuk meneruskan kehidupan sambil menjalani hukuman dalam komuniti yang akan diselia pegawai Jabatan Penjara.

“Berdasarkan statistik, seramai 6,744 pesalah telah menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dengan kadar pematuhan melebihi 96 peratus, sejak 2010 hingga kini,” katanya.

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button