fbpx
Uncategorized

Banduan didakwa masukkan botol budu ke dubur banduan lain

SEORANG banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan memasukkan botol budu ke dalam dubur seorang banduan lain.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa.

Difahamkan, tertuduh bergaduh dengan mangsa sebelum bertindak memasukkan botol budu ke dalam dubur banduan terbabit.

Mengikut fakta kes, dia melakukan kesalahan tersebut di dalam sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kira-kira jam 5 petang pada 30 Disember tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ahmad Bazli Bahruddin hari ini.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd Nor Ashmadian menjalani hukuman di Penjara Pengkalan Chepa atas pelbagai kesalahan melibatkan kes dadah, samun, pukul dan menghalang tugas penjawat awam.-SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button