Nasional

Banci penduduk mudahkan Kerajaan salur bantuan

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penduduk Malaysia kini berjumlah 32.4 juta dengan Purata Kadar Pertumbuhan Tahunan (CAGR) penduduk ialah 1.7 peratus dalam tempoh 10 tahun.

Menurut Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020, lelaki mencatat 52.3 peratus dan 47.7 peratus wanita.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Ismail Sabri seterusnya mencatat, CAGR adalah Bumiputera 69.4 peratus, etnik Cina 23.2 peratus, India 6.7 peratus dan lain-lain 0.7 peratus.

Katanya, sehubungan itu, banci penduduk diperlukan bagi membantu kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat yang layak dan memerlukan seperti menangani jurang pendapatan, membasmi kemiskinan dan mengurus kumpulan isi rumah berpendapatan B40 termasuk golongan rentan ekonomi dan terpinggir.

Jabatan Perangkaan juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan pengiraan kumpulan isi rumah berpendapatan mengikut kategori B40, M40 dan T20, katanya.

Kata Perdana Menteri lavi, melalui data, pewujudan dan peluang pekerjaan sememangnya menjadi antara agenda penting negara dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Saya menyeru agar Keluarga Malaysia terus membudayakan data dan maklumat dalam pengurusan kehidupan agar negara dapat membentuk tamadun bangsa yang berfikiran kritis dan berpaksikan data analitik,” katanya. – SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button