Hiburanpilihan

Bukan Sekadar Jelita, Fazura ‘Berjodoh’ Dengan Anugerah Selebriti Paling Cemerlang!

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura dipilih menerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita sempena Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia ke-3.

Fazura berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurut Fazura, dia berasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya selama ini.

Ujar Fazura, pengiktirafan tersebut merupakan anugerah buat semua.

“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini,” katanya.

Fazura turut merakamkan ribuan terima kasih kepada abang kandungnya sendiri kerana sentiasa bersama dengannya di saat susah dan senang.

Tambah Fazura, Faiz merupakan mentor dan rakan perniagaannya sejak sedekad yang lalu. Akhir sekali, Fazura menyatakan bahawa pengiktirafan yang diraih tidak akan dicapai tanpa sokongan penyokong dan peminat produknya.

“Terima kasih juga kepada Team Fazura yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua.

“Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk Fazura. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua,” katanya.

 

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button