Hiburan

Balik kampung tanpa divaksin, risiko tanggung sendiri – suami Ummi Nazeera

SUAMI pelakon wanita Ummi Nazeera, Dr. Izzar kongsi lima penilaian kendiri Covid-19 sebelum balik kampung Beliau berkongsi tips itu selepas kerajaan membenarkan orang ramai rentas negeri selepas 90 peratus warga dewasa lengkap divaksinasi.

Namun bagi kalangan mereka yang masih berdegil dan tidak divaksin, Izzar mencadangkan agar golongan ini tidak pulang ke kampung kerana kemungkinan membawa bersama risiko pandemik Covid-19.

Katanya, cukup sekadar mengirim barang ke kampung sahaja.

“Kalau nak pulang kampung juga walaupun memilih untuk tidak divaksinasi, ingat risiko yang anda bawa kepada ahli keluarga anda,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar dibuat penilaian kendiri Covid-19 dan TRIIS.

  1. TEST- Perlu buat ujian saringan COVID-19 kendiri
  2. REPORT- Laporkan keputusan ujian MySejahtera walaupun negatif
  3. ISOLATE- Kalau positif. Tak perlulah pulang kampung lagi. Asingkan diri di rumah dahulu. Patuhi HSO dan KKM
  4. INFORM- Beritahu kontak rapat anda positif COVID-19 dan maklumkan kepada CAC berhampiran jika gejala atau kesihatan merosot.
  5. SEEK- Pergi ke pusat perubatan atau CAC jika mengalami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu badan terlalu tinggi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai sekiranya terjadi jangkitan dalam kalangan ahli keluarga di kampung gara-gara diri sendiri tidak divaksin, itu adalah risiko tanggung sendiri.

“Kalau degil juga balik kampung tanpa divaksin, apa-apa yang terjadi nanti korang muhasabahlah sendiri. Tiada siapa nak menghalang anda,”ujarnya.

Izzar turut menyuruh netizen untuk ambil vaksin dan patuhi SOP. – SM

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button