Nasional

Balak di Kedah, pergilah tanya bekas MB Bukit Tunku

ulama

PEMBALAKAN! No! Begitulah tegasnya Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menolak sebarang cadangan kerja pembalakan di negeri berkenaan.

Bahkan cadangan untuk mewujudkan ladang rakyat juga ditolak mentah-mentah oleh beliau.

Oleh itu apabila sebuah NGO menyiarkan gambar satelit di facebook miliknya tentang pembalakan di Hutan Simpan Bukit Keramat, Kedah dan dipetik oleh beberapa media beberapa hari lalu ia sama ada terkhilaf atau memang berniat jahat.


Nasib baik pejabat menteri besar segera mengeluarkan kenyataan menafikan laporan berkenaan dan memaklumkan ia merupakan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri terdahulu.

Berikut kenyataan penuh:

1. Satu kenyataan akhbar beberapa pertubuhan bukan kerajaan bertajuk “NGO terkilan dengan aktiviti pembalakan di Kompleks Hutan Hulu Muda’ bertarikh 24 November 2020, adalah dirujuk.
2. Turut dilampirkan bersama kenyataan akhbar itu ialah dua imej satelit yang didakwa memaparkan imej kesan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Bukit Keramat berhampiran Empangan Ahning di daerah Padang Terap, Kedah.
3. Ditegaskan bahawa Hutan Simpan Bukit Keramat di daerah Padang Terap adalah tidak termasuk dalam Kawasan Kompleks Hutan Hulu Muda di daerah SIk, Kedah sebagaimana ia dikaitkan dalam tajuk kenyataan akhbar berkenaan.
4. Pihak NGO berkenaan seharusnya menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam kenyataan mereka dan tidak mencetuskan kekeliruan dalam pemikiran masyarakat berkaitan apa yang didakwa.
5. Hutan Simpan Bukit Keramat adalah hutan simpan jenis darat berada bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Daerah Kedah Utara dengan keluasan 11,105 hektar dan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan pada 17 Januari 2013.
6. Hutan Simpan Bukit Keramat terbahagi kepada dua kategori iaitu Hutan Pengeluaran dan Hutan Perlindungan.
7. Hutan Pengeluaran dengan keluasan 5,899 hektar adalah kawasan di mana hasil kayu boleh dikeluarkan manakala Hutan Perlindungan yang seluas 5,206 hektar adalah digazetkan sebagai kawasan hutan tadahan.
8. Jawatan Kuasa Tetap Hasil Bumi (JKTHB) yang bersidang pada 1 Disember 2017 telah meluluskan kawasan seluas 1,400 hektar untuk aktiviti pembalakan, manakala pada 14 Disember 2017, 380 hektar lagi diluluskan.
9. Aktiviti pembalakan TIDAK DIJALANKAN di kawasan yang digazetkan sebagai Hutan Perlindungan atau Hutan Simpan Kekal.
10. Kawasan pembalakan yang jadi fokus NGO berkenaan dalam kenyataan akhbar mereka melalui pemaparan imej satelit yang disebarkan adalah kawasan yang telah diluluskan secara sah melalui keputusan JTHB dalam mesyuarat bertarikh 1 Ogos 2017.
11. Kawasan tersebut adalah kawasan yang dipersetujui bagi ‘swapping’ dengan syarikat Tradewinds.
12. Setelah diberi kelulusan, hasil hutan di kawasan berkenaan perlu dikeluarkan sebelum penyerahan hak milik tanah kepada syarikat Tradewinds dilaksanakan.
13. Dalam mesyuarat pada 14 Disember 2017, JTHB telah meluluskan permohonan syarikat Rimba Inas Enterprise untuk menjalankan projek ladang hutan seluas 380 hektar.
14. Aktiviti pembalakan yang dijalankan di Hutan Simpan Bukit Keramat dilaksanakan secara tebang habis bagi tujuan ‘swapping’ untuk dijadikan tanah bermilik syarikat Tradewinds.
15. Kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor pada Ogos lalu yang memberi jaminan bahawa Kawasan Hutan SImpan Hulu Muda akan dilindungi sebagai Kawasan tadahan, adalah tidak ada kaitan sama sekali dengan aktiviti pembalakan di Kawasan Hutan Simpan Bukit Keramat sebagaimana ia dikaitkan dalam kenyataan akhbar kumpulan NGO ini.
16. Sehingga kini, tidak ada aktiviti pembalakan dijalankan di Kawasan Hutan Simpan Hulu Muda dan tuduhan seolah-olah Kerajaan Negeri bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor memungkiri jaminan yang telah diberikan, adalah tidak berasas sama sekali.
17.Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menjalankan pemeriksaan di lapangan pada 17 November 2020 dan mengesahkan tiada sebarang salah laku atau tebangan di luar kawasan yang telah diluluskan, berlaku di situ.
19. Justeru, tidak timbul sebarang isu pelanggaran undang-undang sebagaimana kebimbangan pihak NGO berkenaan kononnya pembalakan boleh menjejaskan hak Kerajaan Kedah untuk menerima dana Kerajaan Persekutuan dan antarabangsa bagi perlindungan sumber hutan seperti EFT dan REDD Plus.
20. Tambahan pula, kelulusan untuk tujuan ‘swapping’ tanah telah diberikan lebih tiga tahun lalu berdasarkan terma undang-undang yang sah.

Sikap semberono NGO begini menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat dan ia perlu dihentikan.

Ini adalah kerana sudah terlalu banyak berita palsu bertebaran di dalam media sosial dan sebuah NGO yang dikenali ramai harus terlebih dahulu memeriksa fakta.

Selepas ini setelah penjelasan terang benderang berulang kali, entah apa lagi yang mahu dibangkitkan.

Media pula janganlah seperti ‘anjing’ apabila dilempar ‘tulang’ maka beramai-ramai teruja menyalak dan menggonggongnya.

(Visited 166 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button