JenayahPolitik

Hadi selesai beri keterangan siasatan bawah Akta Hasutan

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai memberI keterangan kepada pegawai penyiasat Bukit Aman di pejabat PAS pusat petang tadi bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Keterangan beliau berhubung kenyataan dalam artikel berjudul “Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan” selesai dirakam pada kira-kira jam 3.15 petang oleh dua pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Setiausaha politik Hadi, Syahir Sulaiman memaklumkan bahawa Presiden PAS itu memberi kerjasama penuh apabila diajukan beberapa muka surat soalan oleh pegawai-pegawai berkenaan.

“Tuan guru (Hadi) beri komitmen dan kerjasama sepenuhnya. Jumlah soalan boleh tahan juga banyak, beberapa muka surat,” kata Ahli Parlimen Bachok itu.

KETUA Polis Perak Datuk Razarudin Husain

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Hadi akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini dilaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan kenyataan Hadi dalam artikel tersebut, menyifatkan Ahli Parlimen Marang itu tidak beradab.

Baginda dalam surat diutuskan kepada Hadi menegur kenyataan sinis itu yang secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat.

Dalam pada itu, Syahir berkata, Hadi juga telah menghantar warkah menjunjung kasih kepada Sultan Selangor semalam.

“Satu warkah menjunjung kasih telah diutuskan daripada Tuan Guru bertarikh 4 Mac, kandungannya itu antara beliau dan tuanku sahaja, (jadi) kita hormati,” katanya. – SM

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button