JenayahNasionalNegeri

Kastam Perlis bongkar lelaki simpan dadah dalam aksesori kereta

TAKTIK menggunakan aksesori kenderaan sebagai tempat bagi menyembunyikan barang terlarang dijangka paling selamat untuk gagal dikesan.

Namun seperti peribahasa “Pelanduk melupakan jerat, jerat tidak melupakan pelanduk” membuktikan pihak berkuasa tidak pernah leka dengan pelbagai tektik oleh penyeludup ini.

Ismail Hashim bersama pasukannya semasa mengadakan sidang media di pejabat JKDM Perlis Padang Besar, hari ini. – Gambar Ihsan JKDM Perlis

Ketangkasan sepasukan Jabatan Kastam dan DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis dari Unit Narkotik Padang Besar untuk menahan kenderaan jenis Volkswagen Golf GTI 2.0 datang dari arah Thailand telah berjaya membongkar taktik ini.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim apabila pemeriksaan dilakukan secara teliti ke atas kereta yang dipandu oleh seorang lelaki cina warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

“Kejadian ini berlaku pada 8 Januari lalu pada pukul lebih kurang 3.00 petang, di laluan import, Pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Kaki Bukit, Perlis,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Perlis di Padang Besar hari ini.

Ismail berkata, pemeriksaan awal pasukan ini telah mendapati terdapat aksesori padat sound system di bahagian belakang bonet kenderaan tersebut.

Katanya, berikutan itu dijalankan pemeriksaan lebih rapi di mana telah ditemukan dadah di dalam satu beg kain berwarna putih dan satu plastik syarikat kurier di bahagian sebelah kanan tong speaker kenderaan.

Ismail Hashim menunjukkan aksesori padat sound system di bahagian belakang bonet kenderaan sebagai tempat menyembunyikan dadah. – Gambar Ihsan JKDM Perlis

“Dadah yang dijumpai adalah 32 biji pil disyaki jenis eramin 5 dianggarkan seberat 6.40 gram bernilai RM256, 4 paket plastik lutsinar tumbuhan kering disyaki jenis kanabis dianggarkan seberat 37 gram bernilai RM370,” katanya.

Selain itu katanya, juga ditemukan tujuh botol cecair disyaki kanabis berperisa buah-buahan dianggarkan seberat 754 gram bernilai RM70, sebuah botol kecil disyaki minyak kanabis dianggarkan seberat 10 gram yang bernilai RM15.

Tambahnya, juga ditemui 1 paket ketulan lembut berwarna hitam disyaki minyak kanabis dianggarkan seberat 6 gram bernilai RM15.

“Modus operandi adalah dengan cara menyembunyikan barang kes di dalam aksesori kenderaan untuk mengaburi pihak agensi penguatkuasaan,” katanya.

Ismail berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang dari lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.

Beliau berkata, JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Kerjasama daripada orang ramai amat diharapkan agar kita bersama-sama dapat membanteras kegiatan penyeludupan. – SM

BACA Jauhi penyalahgunaan dadah dan ketum – Raja Muda Perlis

BACA Pemangku Raja Perlis ajak rakyat komited perangi dadah

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button